0147 - minded

Dalam berjuta manusia kat dunia ni berapa je yang kau percaya and dia percaya dekat kau? Berapa je yang lafaz kata janji and tunaikan janji dekat kau? Berapa je yang cakap akan ada di sisi and setia bersama dekat kau? Berapa je yang anggap kau penting and hargai kau? Berapa? Berapa? Seratus? Lima puluh? Sepuluh? Lima? Satu? Kosong mungkin? Tidak mustahil bagi aku mengatakan berapa ketul je. Bosan apabila diucap kata janji yang tak pernah tertunai. Bosan apabila mempercayai dan dikhianati. Masih teringat janji palsu kau yang kau dot dot dot dot dot blahh blahh itu semua. Tapi sekarang? Bila aku tanya, "Hmm bila?", tahu pulak kau diam. Tahu tak kenapa aku berbicara seperti ini, sebab aku dah tak tertahan menanggung perasaan yang membara di sanubariku. Mungkin sekarang kau berbahagia dengan hidup kau setelah semuanya yang kau nak sudah tertunai. Tapi ingat suatu perkara, kau sudah ingkar janji yang kau janji sendiri. Biarlah. Aku malas nak ingatkan kau balik. Biar kau menyesal sendiri, teringat sendiri, semuanya sendiri kau tanggung. Kadang-kadang tu aku tak sampai hati nak bertekak dengan kau. Kerana apa? Kerana aku masih fikir kau kawan aku. Lantaklah kau nak ingkar janji sendiri atau sebagainya, tapi aku masih mengingati kebaikan kau yang melayan aku macam manusia dan kawan. Bukan binatang. Kebaikan kau tu lah yang aku pertahankan diri aku dari melukakan perasaan kau. Entah sampai bila aku harus ketepikan rasa ego ini. Makin ditahan makin sakit. Kadang-kadang berkawan dengan strangers lagi faham kita. Bukan nak cakap apa but its a fact, right? Nak nafikan apanya lagi? Terang-benderang kat depan mata tapi buat macam nyamuk, berusaha untuk ditampar-tampar, dilanyak itu semua. Apabenda semua ni. Fikirlah perasaan orang lain. Sepanjang masa nak orang fikirkan perasaan kau tapi pernah tak kau hargai perasaan orang yang fikirkan perasaan kau tu. Tiba suatu hari nanti, orang tu akan penat dan akhirnya mengalah dan membiarkan dirinya tidak lagi menjaga perasaan kau. Dan kemudiannya kau akan merasai kehilangannya. Aku tak tipu, pengalaman mengajar kesemuanya. Kau akan faham apa itu erti kehilangan. Kehilangan yang amat sangat terkesan dekat hati kau. Mungkin sekarang kau masih bersuka ria sebab kau tak faham apa itu kehilangan. Kau akan hilang tempat mengadu, hilang tempat kepercayaan, hilang ruang gembira dan sebagainya. Orang tu takkan lagi menoleh dekat kau balik sebab dia sudah terlalu penat untuk menjaga hati kau. Kau takkan jumpa orang macamtu lagi. Takkan. Sampai bila-bila pun takkan. Sebab dia dah jauh dari hidup kau. Banyak sangat peluang dia beri untuk kau. Dan kau tak pernah nak hargai. Yang aku terkilan sangat tu, bila kau janji pongpang pongpang tapi last-last hmmm ditambah dengan aku nampak sendiri depan mata and finally lantak kau lah wahai insan yang bernama kawan. Awak janji, awak lah ingat sendiri. Aku penat sangat. Penat jaga hati manusia. Fikiran aku pun tengah bercelaru ni. Tinggal 39 hari peperiksaan besar akan bermula. Aku kena berusaha tingkatkan diri dan pelajaran aku and buktikan yang aku mampu berjaya dunia dan akhirat, quote dari kawan aku yang inginkan aku berjaya. Terima kasih wahai sahabat, akan aku buktikan yang aku mampu mencipta kejayaan. Terima kasih sekali lagi. Semoga kita berjaya bersama-sama seperti yang kita idamkan selama ni. Ok lah aku nak pergi date ni. Hmmm date dengan addmaths and biology je. Hakhakhak ada masa aku update belog ni lagi aeeeeeee. Aku kuaaaaaat! Yeaaay. Hihii. Sekian.