0142 - PLKN

Nampak tak image tu image apa? Nampak tak? PLKN beb. Aduh macamana aku boleh terpilih ni. Aku kan aktif kokurikulum so how aku boleh terpilih ni? Bukan sape banyak buat aktiviti kokurikulum tak terpilih ke? Hehee. Aku aktif kokurikulum? Yejee? Shhhh. Sebenarnya eh aku tak tahu pun aku terpilih. Masa aku dapat tahu, aku check dekat Kiosk Maya dekat sekolah aku. Masatu ada kelas Biology. Ramai gila boleh tak kat situ dengan jerit pekiknya. Aduh bingit betul. Niat aku just nak amek angin after berapa jam tepu duduk dekat Wadah Informasi tu tapi berubah pulak niatnya setelah melihat kekacauan di Kiosk Maya itu. Aku try la selidik pebende yang diorang kecoh sangat tu. Oh PLKN rupanya. Aku pun buat derk je la. Pastu ada sorang kawan aku ni tanya, dia suruh aku check. Malasnya. Aku kalau boleh tak kisah je dapat ke tak dapat. Tup..tup terdapat pulak. Adoyai bengangnya diorang semua tengok. Ah mampos kena bahan. First aku fikir, habislah kulit aku. Aduh macamane nanti aku nak panjat-panjat semua tu. Kalau aku demam ke apa sape nak jage. Nanti boleh ke aku hidup ala-ala tentera macamtu. Aku ni takdela besau mana. Comel aje. Hahahahaha. Then aku check kawan aku punya. Aku tahu ic dia. Alaaa tak dapat pulak. Patutlah aku tengok dia senyap je. Dia dah tahu kot aku dapat? Hehee. Aku tahu kawan aku tu hafal ic aku. Ye ah dia sorang je hafal ic aku dengan betul. Ade gak membe aku yang lain tahu ic aku tapi salah tunggang terbalik. Kalau result exam dah keluar ke apa aku tahu mesti kawan aku yang tu tolong checkkan. Betul tak woooi? Hahahahahaha. Lek ah. No touching bebeh. Hmmm aku ingat lepas SPM, aku nak enjoy-enjoy. Eh terbantut plak kena pergi PLKN lepastu kan. Kesian aku kan. Hmmm nak buat macamana. Aina, Mirul and aku dapat. Oh yeahh rocking ah acani. Tapi kan, Eyka tak dapat. Alaaa. Kalau Amin, aku taktau. Takde berita. So conclusionnya, aku harap kiteorang satu kem. Aku nak menyatukan diorang. Ops. Peh perang besau ah macamtu. Aku takboleh bayangkan. Bytheway, aku ingat PLKN ni takbest taw. Tapi bila aku tanya kawan-kawan aku yang pernah mengalami PLKN ni, diorang cakap best dohh. Dapat kawan, makan, tembak-tembak, elaun, and the most adalah experience. Aku taktahu lah betul ke tak apepehal paling penting mesti ada kicap. My life cannot go if kicap tak ada! Tak kisahlah seludup kicap ke apa but the most kicap ada! Hummm, kalau aku pergi, aku janji aku tak berubah. Aku tahu kalau kita pergi kat tempat baru, cara kita pun akan 'baru'. Tapi aku janji, aku takkan berubah. I'm still the old of me. Aku tetap aku. Kalau kau fikir aku dah berubah, tegurlah aku. Mungkin sekarang atau bila-bila ke. Aku tahu aku ni banyak buat silap. Aku bukannya sempurna. Alhamdulillah, luka dekat kaki kanan aku semakin pulih dan pulih. Aku geram betul rasa macam nak kopek je luka-luka ni. Tapi aku takut berbekas. Hmm biar je lah. Lagi satu, aku cuba tanya kawan-kawan aku siapa je dapat, kebanyakan budak-budak top woi. Betullah cakap para akak dan para abang di luar sana yang mengatakan kebanyakan budak siri pertama terdiri dari budak sekolah berasrama penuh atau elit atau senang cerita yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Wow? Biar betul? Hmmm tepu seh aku. Kenapa aku tak dipilih untuk siri kedua? Biasa-biasa aje sudahlah. Aku tak dapat bayangkan berada di dalam kelompok geniuses ini semua. Ah bantai je lah. Kalau tangguh siri ketiga, bila aku nak sambung belajar kan? Better first-first. Takdela parents aku risau aku kerja entah hape-hape nanti. Besides, parents aku memang tak kasi kerja after SPM. Hmmm sedihnyeee. Elaun PLKN sikit tapi bolehlah buat ada-ada. Aku belum pergi lagi tapi parents aku dah risau. Caring seh diorang kat aku. Terharu aw. Latest aku dapat tahu keputusan PLKN tu tak rasmi. Yang rasmi keputusan 1 Ogos 2013. Ye je? Boleh percaya ke? Habistu ni result apa? Ah biarlah. Tapi kan, kalau korang nak join jugak even tak dapat pun boleh jugak. Melalui sukarela. Elaun sama everything sama. Sukarela ni based on the empty space bagi siapa yang dapat tapi tak pergi. Cubalah apply? Mana tahu korang dapat? Satu kem dengan aku pulak tu? Hahahahaha. Pagi ni aku sekolah. Nak iron uniform sekolah ni. Semoga kita berjumpa di lain hari ye kawan-kawan. Selamat bersahur kejap lagi. Hihii.