0141 - tragedy

15th July 2013. 7.13 a.m. I'll never forget this moment. The reason why because something happened to me on that day. Seriously, like a shock momentum. I'm totally can't forget that. Ni aku nak taip post ni pun teragak-agak. Entahlah trauma tu masih ada lagi. Tapi aku cuba atasi dengan keberanian aku. Aku masih teringat-ingat akan kejadian tu. Sumpah seram. Tapi selagi tu lah hati aku macam berdetak semacam. Pada pagi yang indah tu, aku seperti biasa letak beg kat box depan tu then pakai sweater takut sejuk. Before aku pergi tu kan, aku ada selisih faham sikit dengan adik aku. And terpacul kat mulut dia, '.......Kau meninggal'. And aku taktahu kenapalah celupar sangat mulut dia tu. Terngiang-ngiang masa pagi tu, before semua keluar rumah, tak pernah-pernah aku cakap 'Hey all, i'm going okey'. Biasa aku salam ayah, mi and terus pergi sekolah. Pagi tu memang semua keluar pagi. Aku ni haa terlewat bangun. Diorang pun lock gate pun tunggu aku. So aku rasa macam kelam kabut ah masetu. Tapi kan malamtu aku dah janji dah dengan adik aku nak tengok kartun sama-sama masa balik sekolah nanti and belanja dia jajan. Tu je la aku fikir masa pagi tu. Before start sccot, aku check duit ade ke tak. Then lesen tu semua aku check. Kenapalah berat hati sangat nak pergi sekolah ni. Macam ade je benda menghalang aku nak pergi sekolah taw. Kejap-kejap terlupa bawak buku la, tak standby duit la. Ah semuanya macam kelam kabut. Kenapa ntah aku ni kan. Everything dah settle, aku pun mulakan perjalanan aku ke sekolah dengan gembiranya. Bila aku tiba lorong nak masuk Parit Semerah, hujan renyai mula menitik satu demi satu. Aku rasa macam nak pergi jalan bandar so tak bape sesak sangat lah kan. Tapi kenape ntah aku nak lalu jalan situ. Degil shot. Dengan sesak, renyai hujan adoi gila lah. Masa aku nak belok ke lorong ape ntah namanya, dengan tidak semena-mena sesuatu menghentam aku dari belakang kiri. Kawalan ride aku merosot sama sekali. Equilibrium force aku gagal dan aku tersembam belah kanan ke arah jalan raya. Ya Allah, masa aku tersembam tu, aku dah tak fikir apa dah, macam gelap gelita. Habis kotor baju tudung sekolah aku semua. Aku just nampak kat kepala otak aku parents aku je. Lidah aku kelu. Aku cuma rasa hentakan yang kuat menerpa ke arah dadaku. Yang paling teruk, kaki belah kanan. Habis berdarah luka. Scoot aku menerpa ke belah kanan. Hampir sahaja melekat kat ekzos. Aku ingat lagi warna kereta tu warna biru. Tapi takdapat nak record number platnya. Mujurlah seorang hamba allah ni tolong aku, dia suruh aku ketepi, dia tolong angkat scoot aku and kutip buku aku yang berterabur tu. Aku terdiam seketika. Like a loss memory person. Tak lama kendian aku dah okey balik, tapi kaki belah kanan aku sakit. Jalan pun terhincut-hincut. Eeerrggh aku dah takde choices lain melainkan pergi sekolah. Nak balik rumah mana ada kunci. Aku mana ada bawa fon. Nak contact parents aku cemaneh. So alang-alang pergi ah sekolah. Then cikgu perasan kenapa eh aku selekeh-selekeh dengan lutut berdarah-darah. Cikgu tanye, 'Awak kenape?' aku jawab, 'Hmm..sakit'. Pastu aku masuk tandas kat dewan jap, betulkan tudung and tengok bahagian carpals aku, yup pedih. Pedih sangat. Nampak daging lak tu. Aku rasa macam nak nangis. Dengan patella lebam. Tapi aku tahan. Then aku keluar, cikgu salwani datang kat aku tanya tu semua, aku jawablah aku kemalangan pagi tu. Lepastu dia suruh aku duduk kat bangku tu jap. Aku pun duduklah. Then teacher miza tu semua datang kat aku tanye kenapa dengan aku ni. Adoi pening kepala aku. Teacher miza call parents aku. Okey then aku nampak kengkawan aku. Hmm aku nampak diorang kena halau dengan teacher miza. Kesian dhooo. Then cikgu fiza datang kat aku. Dia macam tolong papah aku pergi pejabat. Hmmm lama yang amat menunggu kat situ. Then dipendekkan cerita aku diambil oleh parents aku. Kesian diorang. Susah payah diorang keluar semata-mata demi aku. Hmm. Sedih siak aku. Then pergi kat klinik swasta. Tak pergi pun hospital kerajaan. Leceh woi. Pastu doktor tu pun cuci ah luka aku. Yang paling pedih gila babeng, luka kat carpals tu. Adoi gile ar aku cakap kau. Aku ingat mc 3 hari ke ape tapi doktor just bagi sehari je! Peh mak oi. Klinik mahal tapi kedekut mc. Hmmm takpela, lagipun kalau aku cuti lama-lama, pelajaran aku terabai ar. Tu je la aku nak bagitahu. Selebihnya aku nak cerita banyak tapi aku ada hal penting ni nak uruskan something. Alhamdulillah, its getting better and better. Aku taip post ni sebab apa, sebabnya aku dah janji dekat kawan aku. Aku tak sempat nak cerita dengan dia and I hope she read this. Sorry for late. When I'm promise, I'll do it. A little note here, apesal kite dah lain ha? Hmm.. Eh ape aku ni. Forget what I'm typing there. Its just one of my receptor feeling. Oh yeahh bylaaa dah tak tacink-tacink. Yeaaaay! *Gwiyomi. Hehee. See in the next post soon okey.