0137 - entangling

Setelah sekian lama menangguhkan entry untuk di post akhirnya aku ada masa nak luangkan masa mengadap komputer ni. Hmmm dah berapa puluh hari aku tak berbelog ek. I miss my belog. Hihii. Overall aku okay je tapi yang tak bestnye lagi dua minggu je nak exam. Haihhh aku tak ready la siak. Lagi-lagi chemistry. Hadoi kena study form4 balik ni. Hmmm esok aku sekolah. Eh btw aku nak bagitahu, aku dah ada 'baby' baru. Tapi aku taktahu nak letak apa nama dia. Kat mana sahaja dia ade kat sisi aku. Ada sorang kawan aku suggest letak nama laki. Alaaa masih terlalu awal untuk aku fikir nama dia ni. Pada aku dia sungguh sexy. Tapi, pepagi buta masa aku nak pegi sekolah. Kenape entah ekzosnye meragam. Sekali press taknak gerak then tetibe je terkedepan. Tu yang aku benci. Kadang-kadang bergego kat depan. Hei masalah betul lah. Tapi takpe maybe aku tak panaskan lama-lama kot sebabtu jadik macamtu. Hmmmm. Sorry sayang my fault. Jangan meragam lagi eh. Aku dapat dia ni betul-betul masa tarikh birthday my papa. Opss..papa ea, macam gedik je aku ni kan. Hehee biaselahh. Bytheway thankyousomuch ayah for buy me this cute scooter. I'm promise you that I'll get an excellent result in SPM this year! Hahaha bersemangat beb. Hmmm dia ni belum cukup sebulan ni. So kena jaga elok-elok. I think I'm already in love with that thing. Aku rasa macam ada connection antara aku dengan dia. Connection yang amat kuat. Warna merah yang membara itu mengingatkan aku seseorang yang memakai beg warna merah. Dan huruf G di pangkal plat itu mengingatkan aku kepada seseorang yang aku pernah gelar bermula huruf itu. Jenama yang sama. Huh. Itu semua kebetulan. Aku target dapat F. Tapi sudah terlewat. G baru bermula di saat itu. 4 digit di belakangnya merupakan simbol persamaan antara dua kereta yang berbeza. Kalau kau perasan, ada banyak nombor tujuh. Itu juga mengingatkan aku kepada seseorang yang suka akan nombor itu. Macam aku cakap, semuanya kebetulan. Digit itu dah start since 2002. Kereta Unser tu digit yang sama jugak. Begitu juga Viva. Yang berbeza sekarang ni cuma Kriss tu haa. Maklumlah Kriss terlebih dahulu dibeli sebelum Unser. Usianya sudah sedekad lebih tetapi khidmatnya masih lagi digunapakai. Syabas Kriss 110. Ada kalanya Kriss mati di tengah-tengah jalan tatkala aku membawanya ke sekolah. Tapi aku minta maaf, aku lebih selesa dengan yang baru ni. Senang aku nak handle. Baby lah katakan. Hihii. Baby yang aku maksudkan ini sebenarnya Ego-S. Yaps, macam tuan dia, ego. Ego heartless kalis itu semua aku. Perihal baru. Depan mata aku sekarang ni, Fisherman's Friend Apple and Cinnamon. Peneman aku juga. Baru dibeli semalam. Aku teringat Amirul Hakim yang kenalkan aku flavour Apple and Cinnamon ni. Dua tahun lalu atau tahun lepas agaknya. Seriously, banyak-banyak ubat sakit tekat, aku prefer yang ni. Kalau Strepsils tu macam tajam sikit. Lagipun pack yang aku beli ni resealable pack. Takperlu lipat-lipat foilnya. Bau dia pun sedap begitu. Kalau hidung sempit ke apa, makanlah ubat sakit tekak ni. Lega sikit. Oklah hambar betul bila berbicara soal sakit yapps, next, haritu aku ada termimpi pasal seorang sahabat yang aku rasa dah tak rapat lagi. Aku taknak cerita tapi aku rasa gembira seolah-olah benda tu betul-betul terjadi. Cara kau bercakap, senyum, ketawa tu semua aku dapat saksikan dalam mimpi aku. Tapi, realitinya kita tak macamtu, kita ibarat sesuatu seperti yang tergantung dan dibiarkan disitu tanpa kata. Pada hari yang aku mimpi tu, aku rasa penat sangat, tidur awal gila. Mungkin kepenatan aku tu membuatkan aku terfikir benda yang dah lama aku tak fikir kot. Kebetulan aku dah lama tak emo-emo ni. Hahahahaha apebende la aku ni. Tu pun nak bagitahu ke. Bengong eh. Hehee. Oklah dah larut malam lah. Panjangnyaaaa aku taip woi. I need a rest. Esok aku sekolah. Terasa lemah kakiku ini. Hmmm kuatkan jugak nak pergi sekolah even aku tak berapa nak sihat ni. Yeahhh as long my babyboo ada (my cute super scooter), I'm strong. Aku kuaaaaat! Morning and night too people.