0136 - embishen

Today is Sunday. After rain. With smells of hydrogen here. Makes me peace. Yeah, I mean, peacefully. Then, I'm browsing some website, looking for some crafts and treating how to deal a patient with full of emotions. Hahahaha ok ok seems macam dah nak menyimpang je ni woi. Leklek, nak cerita la ni. Haaa korang ade cita-cita tak? Hmm, ambition? Contohnya, cikgu ke arkitek ke jurutera ke ape ke. Ade? Hahahahaha itu semua zaman masa kita darjah satu. Ingat tak nanti cikgu bagi kad biru besa then isi maklumat peribadi dalam tu? Kat part belakang, ade tiga tempat kosong tulis apa cita-cita kita. Kan? Pastu tulis minat tu semua. Kan? Tipulah kalau tak pernah. Hihii. Aku still ingat lagi, dulu eh cita-cita aku mase darjah satu, aku tulis kat situ, pilihan pertama aku tulis saintis. Pilihan kedua aku tulis cikgu and lastly iaitu pilihan ketiga aku tulis doktor. Seeee betapa sucinya minda aku mase darjah satu balik-balik cita-cita tu jee. Aku tahu budak lain pun same tulis tu jugak. Hihii. Mase darjah dua pun sama tapi masa aku tingkatan satu, cita-cita aku dah start lebih luas lagi. Aku tak ingat la eh aku tulis apa masatu tapi aku ingat, cita-cita aku ialah pensyarah, arkeologi and jurulukis pelan bangunan. Seriously, aku taktawu kenapa la eh aku minat sangat lukis-lukis bangunan. Eh macam pelik tapi sejak aku masa Form 1DA, aku tengok meja aku dipenuhi lukisan bangunan tu semua, aku rase minat gila-gila siot. Aku taktahu siapa yang lukis masetu, tapi aku tahu senior chinese girl form four yang lukis sebab budak belah pagi upper form share kelas dengan kelas aku. Seriously lawa gila dia lukis. Since that, aku attractive dengan sudut bangunan, texture, reka bentuk, base for piling, warna interaktif untuk bangunan, and so on yang aku rasa bangunan tu seolah-olah 'hidup'. Hahahahaha aku tahu merepek tapi tu lah tahap gila aku dengan structure bangunan macam double bond gitu. Hihii. Then, kalau aku pergi mana-mana, kalau aku rasa pelik dengan bangunan, aku ambil gambar then aku lukis balik. Hahahahaha kedengaran agak merepek ye. Mintak maaf semuaaa. Tapi sekarang aku dah jarang lukis-lukis ni semua, aku rasa aku tak cukup complete la nak kejar cita-cita ni. Hmmm aku tahu banyak lagi yang aku kena belajar. Takpe, kalau aku dah ade duit banyak, aku nak amek course ni. Kalau orang lain boleh apesal plak aku tak boleh kan? Jyeahhh! Hmm, now aku tengah fokus nak jadik doktor. Doktor ape? Aku taip ni korang jangan gelak pulak aw. Erm.....oooook..., actuaaaaaaally, aku tengah tanam impian nak jadik doktor psikologi. Hihihihihii doktor psikologi siak. First reaction from my parents, they laugh. Yuppsss seriously its such a funny when I'm said that and they said "Come on..doktor psikologi???! What?? Biar betul..Heheheehehee" Haaa lebih kurang macamtu la mak aku punya reaksi. Alaaa relaks la beb, best apa jadik doktor psikologi. Jarang-jarang ade taw kat Malaysia ni. Sebab apa aku beriye nak jadik doktor ni sebabnya aku rasa happy kalau-kalau aku dapat buat pesakit tu gembira dari segala beban dan masalah lagi-lagi budak-budak tengah happy and baby ketawa bila aku aucak dia ke ape ke. Jujur aku cakap, aku suka tengok budak-budak ketawa pastu gaduh then baik balik dengan kawan dia. Aku pernah jadik budak, aku tahu apa diorang rasa. Hihii. Okaylah aku rasa macam dah panjang sangat entry ni. Last but not least, tentukanlah cita-cita korang dengan apa yang korang rasa bukan orang lain yang tentukan cita-cita. We've got life yeah so ignore what people said! Sometimes what peoples complaining bout are just one of the electron charges that totally are being surrounded by positive charges. So? Grab it! And take it as positive way and always think of positive! Do not let people down-ing you, okay? You have a strength that people doesn't know bout it. Use the strength and keep it live your life. I'm done. Thanks for reading :)