0132 - tangga

Aku termenung. Lelah aku seperti meresap jauh ke pelusuk dada. Entah apa aku mahu katakan lagi. Aku baru sedar yang aku penat. Agaknya tangga di Blok Intelek terlalu tinggi untuk aku daki. Kecuali saat menuruni tangga tu ibarat aku melompat kegembiraan. Sambil turun sambil loncat. Begitulah kenyataannya. Terutama sekali waktu rehat. Sebabtu aku suka turun tangga laju. Dapat angin. Tapi aku taksuka daki tangga. Penat. Tercungap-cungap aku dibuatnya. Berpeluh pun satu hal. Inilah karma graviti. Macam cita-cita aku. Susah nak daki impian tapi itulah kenyataan. Ibarat menaiki tangga. Haaa macamtulah. Tapi tangga yang aku daki sekarang ni hanyalah sekelumit sebahagian 'tangga' dari cita-cita aku. Aku kena berusaha lagi nak capai tangga atau level yang seterusnya. Sampai bila nak stay dekat base one. Hidup ni bukan lif. Lif ade elektrik. Kalau elektrik rosak memang jem teros takboleh gerak. Lif dengan tangga lain. Jauh bezanya. Tapi kan, dalam banyak-banyak tangga mesti ade slack sikit. Macam tangga dekat Blok Intelek tu, tiba-tiba ada pulak anak tangga besau gedabak. First-first memang tak perasan tapi kalau orang yang selalu lalu situ mesti dah lali. Aku rasa kontraktor yang buat blok tu kan dia terlebih konkrit kat anak tangga tu. Apa yang aku cuba sampaikan ialah tak semua 'tangga' yang kita bakal naiki takde halangan. Tak kisahlah halangan kecik ke beso mesti halang jugak kita nak naik ke tangga seterusnya. Sebagai contoh, aku menyesal dapat keputusan teruk masa aku di Zaman Tingkatan Dua dan Empat padahal zaman tu lah yang aku rasa paling best dalam hidup aku. Hehee. Zaman Tingkatan Empat merupakan zaman yang aku takkan pernah lupa. Sekelas dengan kawan yang sekepala beb memang sweet moment ah gua cakap lu. Dan zaman sekarang, zaman yang aku bakal ukir, Zaman Form Five. Entah macamana agaknya Zaman Form Five aku ek. Best ke tak. Hihii. Teenager's Life aku pun dah nak expired. Hahaha pasni Youth's Life pulak. Hmmm I'm gonna miss miss and miss my Teenager's Life. Especially my secondary school's life. Aku harap tangga aku yang aku sedang naiki ni tidak lagi melelahkan aku, memenatkan aku dan menyusahkan aku. Tangga bersih bebas dari segala habuk waima sebesar zarah sekalipun. Okay now aku nak tanya, okay tak background blog's song aku ni? Hmmm yang kat bawah tuuu. Yeee for now aku pakai lagu ni. Hmm tajuknya Down by Jason Walker feat Molly Reed. First time aku dengar lagu ni kind interesting jugaklah. Aku jumpa lagu ni masa aku tengah downnn. Aku tengah sedih pasal ape ntah masetu then aku bukak youtube aku taip 'down' lepastu aku click random then tetibe terdenga lagu ni. Such a beautiful lyrics and melody tapi lagi beautiful bila kita berpeluang mendengar alunan suara azan oleh Bilal bin Rabah. Bilal ni merupakan pengalun azan yang paling merdu sehinggakan sesiapa yang mendengarnya akan menangis disebabkan merdunya suara beliau. Itulah hebatnya kuasa Allah S.W.T. Aku kagum bila aku baca novel biografi tentang Bilal bin Rabah apatah lagi kalau aku berpeluang mendengar alunan azan dari beliau. Masyaallah, speechless sungguh aku dibuatnya. Kalau-kalau korang tengah download quran digital ke apa, aku suggest korang download surah yang dibaca oleh Sheikh Abdurrehman Al Sudais. Suara dia sedap jugak. One of my mpthreee list. Hmmm tu je la aku nak share dengan korang dalam belog ni. Aku doakan kita semua dalam keadaan sihat walafiat okay. Amin. Eh aku sebenarnya nak pergi tuition Biology ni. Got to go. Kepada kawan-kawan aku, aku nak cakap sikit, aku sayang engkorang. Ok see you later, readers. Salam.