0131 - nature

Setelah sekian lamanya aku menyepi di dunia belog. Kini barulah ada waktu terluang untuk aku mengupdate. Buat kesekian kalinya aku akui memang tak ade masa langsung nak update. Budak SPM katakan. Hahahaha berdekak woi. Fokus ke arah kehidupan, kini aku semakin selesa. Walau apa jua rintangan aku hadapi tanpa rasa ego yang menebal. Cinta tu biarlah terkubur di situ. Aku dah malas nak ingat semua tu. Makin pedih hati aku. Kau menganggap aku 'punching bag' kau. Ouh sorrylah, aku bukan macamtu. Bukan aku taknak bercinta tapi masalahnya hati aku dah tawar. Segala gula dalam hati aku ni dah tawar kelat rasanya. Yang tidak lagi aku ingati mungkin buat selama-lamanya sehingga aku sedar jodoh itu sudah sampai. Aku masih muda. Jauh perjalanan. Jauh destinasi. Jauh dari menggapai impian dan kesemuanya. Dan aku masih mengejar. Bukan cinta. Yang aku kejar ialah kemanisan iman untuk aku larutkan dalam hati aku supaya aku lebih dekat lagi dengan Allah S.W.T. Bukan untuk nafsu semata-mata yang bakal menghancurkan aku. Seterusnya, aku lihat dari sudut alam, yapps banyak sungguh tak terkira keindahan yang Allah S.W.T cipta untuk kita tatap, hargai dan belai. Bukannya ditarik daunnya sampai ke akar. Itu semua ibarat menyeksakan makhluk Allah S.W.T. Bukankah kita salah satu makhluk-Nya? Jika kita menjadi 'pokok' mesti kita faham perasaan sakit tidak terperi. Dan masalah sekarang, kebanyakannya suka membuang sampah sesuka hati. Kenapa. Tanah yang kita pijak ni juga milik Allah S.W.T. Kenapa ciptaan manusia seolah-olah mahu merosakkan bumi yang sememangnya tempat tinggal kita. Aku faham kenapa tapi sesetengah pihak tidak sepatutnya mengendahkan usaha masyarakat sekeliling yang cuba menyelamatkan kita dari gelombang panas melanda. Sekurang-kurangnya, kita sambut usaha baik mereka untuk dinikmati bersama keindahan alam. Entahlah kenapa ek aku membicarakan soal alam sekitar. Tetibe hati aku sayu tengok seaside kat tambak tadi. Penuh dengan keladak plastik serpihan kayu dan sebagainya. Bau yang hanyir menusuk ke nostril. Berbeza dengan seaside yang aku pernah lawati tempat holiday dulu yang kebiruan airnya jernih dan aku nampak ikan-ikan serta terumbu karang seolah-olah menari di retina aku. Tenang. Itu yang aku mampu ungkapkan. Selamatkanlah bumi kita dari segala kebuasan manusia yang semakin mengabaikan persekitaran alam. Sekian.