Rahsia. Terlalu banyak maksud untuk diklasifikasikan sebagai rahsia. Rahsia kecil, besar, awam mahupun negara. Pelbagai cerita yang bakal menjadi rahsia. Adakah rahsia merupakan sumber primer atau sekunder? Yang penting ini bukan segalanya untuk mencari kepastian. Rahsia juga mungkin berasaskan dendam kesumat yang tidak berkesudahan. Malahan menganggapnya sebagai kelemahan untuk mengeluarkan sesuatu pendapat. Ingin aku berahsia tetapi adakah mungkin kekal lama sesetengah rahsianya? Mungkinkah kandungan rahsia tidak terurai dengan mudah? Persoalan yang bakal timbul, adakah orang yang menyimpan rahsia boleh dipercayai? Mempunyai niat aib disebalik rahsia itu? Hahaha pening kepala aku bila baca ayat yang aku olah ni. Sudah. Jangan dipeningkan pening itu lagi. Melarat jadinya. Tangan aku terketar-ketar dan sudah semestinya ingin aku kongsikan sesuatu melalui belog ini. Sebelum itu, biarlah masa menceritakan segalanya. Barulah terungkap dengan lebih jelas lagi. Hmm entahlah keadaan aku sekarang ni, setiap kali aku keluarkan kahak, segumpal darah pasti bercampur dengannya. Sebelum ini, kepala aku migrain yang amat berat sehinggakan tidak terdaya untuk aku berjalan. Sekarang, migrain amat jarang dan ini pula jadinya. Petanda apakah semua ini. Aku takut nak bagitahu parents aku tentang ni tapi entahlah aku rasa tekak aku luka atas faktor sakit tekak kot. Setiap kali batuk, aku amat risau dengan keadaan ini. Entah mengapa mungkin agaknya gas oksigen di bumi berkurangan agaknya. Mungkin faktor penebangan pokok yang berleluasa. Kurangnya pendekatan pihak berkuasa menangani masalah ni menyebabkan ia semakin berleluasa. Tangan aku semakin kerap sejuk dengan tiba-tiba meskipun hari panas terik. Amphibian ke aku ni hahaha. Eh sudahlah, minggu ni aku final exam. Doakan aku ya. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang cemerlang hendaknya.