0117 - difficulties

Kita semua ada kawan. Berapa banyak itu tidak penting. Berpuluh? Beribu? Berjuta? Itu bukan ukuran dalam sesuatu persahabatan. Dan dalam persahabatan juga, pasti sesetengahnya dapat diklasifikasikan melalui kelas-kelas tertentu. Sorry, this is not me. Aku anggap semua orang kawan aku tapi taktahu pulak aku kalau ada orang anggap aku yang sebaliknya. Aku malas dan fade-up dengan rintihan bodoh meleweh yang tidak berkesudahan. Kalau aku percaya dengan orang tu, memang aku anggap dia special dalam hidup aku dan tiada sebab untuk aku mengkhianatinya. Tidak sama sekali. Memang aku akui terkadang aku khilaf. Mengumpat itu semua bukanlah budaya yang sihat untuk diamalkan. Bukan. Maksud aku, kadang-kadang aku ni selalu cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang. Tapi, aku cakap lepas dengan siapa? Dengan kawan rapat aku sahaja. Dengan orang lain takde maknanya nak lepas-lepas bagai ni. Memang secara dasarnya perspektif manusia berbeza. Dan itu seharusnya dijadikan konsep untuk amalan hidup. Bersih dari pencemaran kata nista dan dusta. Aku benci penipuan. Sungguh. Alangkah indah jika setiap kata-kata itu diungkap melalui pancaindera yang lembut dan bukannya tikaman pisau yang menusuk kalbu. Tapi itu semua palsu dan mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Pentas dunia juga mungkin dipenuhi dengan penipuan yang tidak mampu ditanggung. Maka, tapak segala persahabatan merupakan kepercayaan. Serta ditambah konkrit semakin kukuh tapak itu dan terjadiklah sebuah persahabatan yang kukuh. Jujur aku cakap, cinta bukan segalanya. Bukan aku menafikan soal cinta sebaliknya aku ingin tekankan cinta zaman sekolah ni sepatutnya fokus ke arah pelajaran. Cintai ilmu kerana ilmu itu mampu mengubah hidup kita. Jangan kita hanya memfokuskan diri ke situ, ingat tuhan dan keluarga dan sokongan orang terhadap kita sudah tentu kita berjaya dunia serta akhirat. Beralih tentang persahabatan, ya, engkau wahai sahabatku, ingin sekali aku memahami perasaan kau tapi setelah aku mencuba beratus kali ternyata aku gagal. Takpelah, its okay. Melihat senyuman engkau dan ketawa engkau membuat isi hati ini semakin gembira. Adakah kau mengerti akan semua ini? Mungkin juga ya dan mungkin juga tidak. Aku tahu siapa aku di mata engkau. Aku hanyalah insan yang tidak berguna yang menunggu masa untuk reput. Betul? Bukan apa, cara kau bahasa kau layanan kau dan segalanya amat teruk untuk aku. Tapi dengan orang lain kau okay. Apa salah aku di mata kau. Aku mengharapkan kau untuk memahami aku sebaliknya aku salah. Kau faham tak, salah. Aku takfaham dengan situasi sekarang, semakin aku kejam dengan kau semakin kau baik dengan aku. Kenapa wei kenapaaaa sekarang. Sudah cukup puas aku tentang segalanya tapi kau buat taktahu. Aku dah tak macam dulu wei. Aku dah berubah. Aku dah kurang touching dengan kau. Kau nampak tak? Hmm. Aku sayang kau beb, sayang kau sangat-sangat and aku nak hug kau tapi aku takut. Ehh apa aku merepek. Jauh menyimpang dahh ni. Kedua, kak aku nak minta maaf atas segalanya. Aku rahsiakan kehidupan aku dari kau. Tujuan aku nak kau fokus STPM. Aku taknak bebankan kau dengan masalah aku lagi. Aku nak kau berjaya kali ini. Aku sayang kau kak cuma kau taknampak. Kasar-kasar aku ada lembutnya. Kau takpayahlah merajuk dengan aku. Sungguh aku sayang kau. Aku perlukan kau. Kau selalu cakap aku tipu kau tapi kali ni aku jujur. Takpernah aku tengok kau serious marah dengan aku. Kau cakap kau sayang aku kak tapi sekarang sayang ke? Hmm memang first-first aku geli bila kau ucap kata sayang itu untuk aku tapi kalau dah banyak kali takkan geli kot. Kasih sayang antara akak dengan aku memang tiada tolok bandingnya. Hahaha phuii siak. Geli gak aku menaip ni. Hmm kak aku rasa sudah tiba masanya aku get-out dr hidup kau. Kau dengan aku dah berbeza sekarang ni. Betultak? Tapi aku taksampai hati ahh. Bukan aku nak kick kau dari hidup aku cuma aku merasakan yang aku tidak penting lagi dalam hidup kau. Aku minta maaf kalau dah tak share story dengan kau lagi ke apa. Okaylahh aku dah mengantuk ni. Sebelum lena dibuai mimpi, aku nak cakap yang aku sayaaang budak dua ekor ni. Aku taknak diorang pergi dari hidup aku. Taknak okay. Cukuplah dahulu seseorang itu pergi dari hidup aku. Tak sanggup aku nak hadapinya sekali lagi. Dear kawan, kalau kita dah lain kelas aku harap kau taklupa aku okay? Aku ingat kau sampai bebila and aku harap kau ingat aku sampai bebila. Kau jaga diri taw nanti, mesti aku rindu nak tengok kau nangis depan aku pastu hug aku. Hmmm mesti punyalahh. Kalau kau dah jumpa kawan lagi better dari aku, jangan lupa aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Sentiasa. Kalau aku lupa kau, tolong ingatkan aku. Text aku, call aku. Tu pun kalau kau ada masa untuk aku. Last day sekolah tahun depan, aku nak bagi kau something taw? Nak tahu apa dia? Hmmm tunggu jelahh last day sekolah tahun depan. Aku takkan bagitahu sekarang nanti tak surprise. Hehee. Three words or letters for tonight, Aku Sayang Kau or ASK. Sebagai bestfriend la. Hahaha okay goodnight semua. Thanks for reading.