"It was dark and I was over.." taken from Adele's songs, Set Fire To The Rain. Hmmm, it was such a long journey to go. Akuu rasaa aku semakin kejam terhadap diri aku. Aku ignore feelings aku, aku campak semuanya ke tepi dan aku biarkan semuanya berlalu pergi. Apa yang aku nampak di depan mata sepertinya lenyap begitu sahaja. Kebahagiaan, kesetiaan, kedukaan, kesengsaraan dan kesemuanya sudah tidak lagi dapat aku rasa. Robot yang tidak bernyawa. Itulah aku yang sekarang. Perasaan itu terlalu berkecamuk sehinggakan aku sendiri tidak dapat membezakannya dengan teratur yang akhirnya aku biarkan terdampar di suatu ruangan kosong. Yang tidak lagi aku toleh. Yang tidak lagi aku sentuh. Memang perit wehh bila luka dipalit garam. Nak rasa macamana? Hmm kalau kau ade luka ke apa, cuba kau sapu garam. Sakit kan. Yappps, sakit. Itulah yang aku cuba sampaikan. Eh bukan. Bukannn itu motifnya. Cuba kau tunggu beberapa jam kemudian, selak balik tempat luka kau tu. See? Luka kau beransur hilang. Berkemungkinan parut pun takdapat dibina hasil tindakan garam yang meresap begitu pantas. Memang kenyataan pada awalnya semua perit, sakit, pedih dan sebagainya. Tetapi? Hasilnya begitu memuaskan hati. Sangat memuaskan hati. Itulah yang kita cari selama ini. Perasaan memuaskan hati. Bukan melalui cara yang negatif. Think it as a positive way as you can feel it. Aku macamm dah naik meluat nak melayan orang yang suka berfikiran negatif. Memang aku akui yang dahulunya aku suka berfikir secara melampau sehinggakan orang yang aku anggap sebagai penyelamat meninggalkan aku. Dari situ aku belajar yang sepatutnya perasaan yang aku rasa best untuk aku patut aku tinggalkan terus. Yes. Now aku dah rasa bagaimana menghadapi perangai 'manusia' seperti itu. Pengalaman merupakan chapter paling susah untuk aku belajar setakat ini. Melaluinya aku dapat mengenali diri aku yang sebenar. Yang kini bukan lagi seperti dahulu. Akan aku kikis perlahan-lahan tentang segala-galanya. Atas dasar keadilan untuk diri aku, aku akan menangis apabila aku mengingati semua kenangan terindah dalam hidup aku. Memang aku rindu dan aku nak semua kenangan indah tu hadir sekali lagi dalam hidup aku tapi sampai bila aku perlu mengharap untuk sesuatu yang tidak pasti? Sampai bila? Benda itulah yang selalu bermain dalam kepala aku. Dan semestinya benda yang aku nak takkan hadir dalam sekelip mata sahaja. Terus terang aku cakap, hati aku macam dah mati. Dengan kenangan aku yang perlahan-lahan bertukar menjadi debu. Semuanya tiada makna untuk aku. Tiada makna. Mungkin suatu hari nanti aku takkan ingat lagi tentang semuanya. Mungkin. Aku berhasrat untuk 'terbang' lebih jauh dari ombak masalah yang melanda sekarang ni. Apa yang penting sekarang, aku kena kuatkan semangat untuk belajar dan belajar. Aku boleh. Hidup ni masih beribu batu lagi perjalanannya dan aku masih yakin yang aku mampu untuk tempuhi dengan tenang. I know, Allah S.W.T and family always beside me. Hmmmm aku lupa nak selit, aku dah mula suka lagu Without You tu. Bukak Youtube mesti nak feeling-feeling dengar lagu tu. Hahaha memang kemaruk kpop aku ni. Tapi hati aku macam mudah tertarik lagu Blue by Big Bang. Macamm sedih tapi best. Hahaha ce test dengar lagu baru ni, Beautiful Night by Beast atau Catch Me by TVXQ. Boleh tahan jugaklah lagunyaa. Eh tapi lagu Hurts Like Heaven by Coldplay okay gak. Hahaha mane satu entah aku ni. Dengar jelaa semuanyaa hahaha ok ah aku busy kejap ni. Kalau ada masa, aku update lagi yee. Hehee. Memang dah berlambak dah draft aku ni tapi entah bila nak publish. Hmm see you later, readers.