Kawan merupakan tempat kita happy atau kongsi rahsia bersama ataupun nangis bersama-sama. Nak-nak kalau kita dah jumpa kawan yang ada sewaktu kita sedih atau gembira. Aku sayangg kengkawan aku. Aku anggap diorang macam family aku. Seriously, gaduh-gaduh pun ada kebaikannya. Dari bergaduh tu lah kita dapat kenal siapa diri kita atau kita lagi rapat dengan kawan. Hmm tetibe tergerak hati aku nak post pasal kawan sebab tadi petang aku ada pergi rumah atenn then aku ternampak coke. So apa kaitannya kawan dengan coke ni? Hahaha ok ok let me explain. Actually, aku memang suka minum coke sampai aku tak sedar yang coke tu bawak keburukan dalam badan aku. Diorang marah betul kalau aku beli coke ke apa ke. Yang paling aku terharu ada sorang kawan aku tuu cakap macamni 'kalau kau sakit jangan menyesal ok'. That time aku tengok jee muka kawan aku tu then tetibe terbit rasa, Ya Allah caringnya diorang dekat aku. Kalau diorang tak caring dah lama diorang lantakkan aku minum coke. Kan? Eh nak tahu tak, kalau boleh aku taknak form five. Taknakk woi. Sebab tu tahun last kita bersama-sama kan? Entahlah kalau nanti lepas form five aku nak gelak-gelak dengan siapa. Korang rasa macamana agaknya kalau kita semua berpecah belajar sane sini. Hmm ade mase ke nak jumpa. Ya Allah risaunya aku bila aku memikirkan semua ni. Apakah aku mampu menghadapi semuanya. Apakah nanti aku biasa dengan persekitaran baru yang bakal aku tempuhi tanpa korang. Mampu kee akuu. Hmm rasa sebak tetibe muncul apabila aku bukak pendrive and ada gambar kita semua. Aku tahu dalam banyak kawan dalam kengkawan kita, aku lah yang paling emo ataupun terasa. Hahaha kelakarnya dowh bila aku ingat balik. Hehee. Nanti kalau aku dekat tempat lain, siapa nak faham perangai aku ni kalau bukan korang? Hoii rindunyaa dekat korang. Rasa nak hug sorang-sorang. Then nak cakap betapa sayangnya aku dekat korang. Lagi-lagi yang sorang tuu, aku rasa macam nak tebus balik semua kesalahan aku selama mana aku sakiti tangan kau ataupun lagi parah hati kau. Hmm aku taktahu la weh apa patut aku buat selain minta maaf. Kau banyak ajar aku erti persahabatan sebenar sehinggakan aku sendiri rasa macam bengap kenapalah aku takboleh faham perasaan orang lain. Noww aku dah belajar segala-galanya. Ouhh thanks dowh. Kau lah sahabat sejati aku yee dowh walaupun kau tak anggap tapii aku tetap anggap. Ingatt tu sampai mati. Mesti kau pelik kan kenapa ek aku tetibe. Aku dah dapat dah bayangkan dahi kau berkerut baca entry post ni. Hehee pastu buat muka blurr. Aku dah hafal dahh. Hahaha betultak. Eh korangg, kawan yang aku sayangii, now aku tengah minum Nescafe Mocha. Aku takjadik pilih coke sebabnya aku teringat nasihat korang. Nasihat korang aku tampal dalam kepala aku supaya aku sentiasa ingat walaupun berada di mana-mana. Nanti kalau aku dah meninggal ke apa, aku harap sangat kengkawan aku ziarah aku buat kali terakhir. Cium dekat dahi aku pastu cakap 'Goodbyee jenab, sayangg kau' hahaha Jenab? Gelaran yang korang salu panggil dekat aku kan? kan? Bukan setakat korang je malahan semua orang panggil aku camtu. Hehee. Lepastu nanti jangan nangis. Sebabnya aku dah takmampu dah kesat airmata korang. That time, tubuh aku kaku tawu takk? Acanoo nanti aku nak lap airmata tuu. Hihii. So korang kena gelak kuat-kuat supaya roh aku nanti tahu yang korang still lagi boleh happy even aku dah takde. Hmm that time mesti aku sedih sebab aku sensorang je dekat alam lain. Takde sape teman aku, gelak-gelak dengan aku. Hmmmm. Aku harap friendship kita berkekalan sampai bila-bila. Susah ahh nak carik kawan cam korang. Susahhh. Aku harap kita semua tak lost contact. No no. Aku taknak lost contact. Nak tengok something? Gambar candid diorang. Hehee.
|
Diambil sewaktu mereka sedang bergelak ketawa. So sweet aitee :) |