0144 - thrill

Ini cerita.
Cerita hidup tentang aku dan dia dan kamu dan kita dan mereka dan semua.
Hanya untuk tatapan.
Bukan sandaran.
Bukan gelak untuk disakiti.
Bukan sindiran untuk menyakiti.
Bukan alas bantal untuk ditangisi.
Bukan peneman gembira untuk di hati.
Hanya untuk bacaan yang dihayati.
Sepenuh rasa kasih sayang jiwa dan raga tanpa ruang batasan.
Ini bukan medan mencari simpati dari empunya empati.
Kerana sememangnya cerita ibarat roda.
Yang berpusing-pusing tanpa henti.
Tika di bawah.
Tika di atas.
Tika di tengah.
Tika di tepian.
Inilah kehidupanku.
Yang menanti bila tibanya titik noktah.
Untuk menamatkan kesemuanya.