0124 - flick

Suasana hening pagi yang nyaman ini membuatkan aku tersedar dari alam mimpi. Entah mengapa hati ini ingin meluahkan sesuatu yang terpendam, sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Aku sendiri tidak faham akan perasaan ini. Aku dapat merasakan cinta itu wujud kembali setelah sekian lama aku berhenti mempercayainya. Tapi masalahnya aku keliru. Terlalu banyak kekangan dan halangan aku nak teruskan perasaan cinta tu. Eeeerggh sumpah aku fobia ar. Hmm tadi kan, masa aku kemas bilik aku, aku jumpa diari ungu. Tiba-tiba hati aku sebak. Diari tu pemberian dari seseorang yang pernah rapat dengan aku sewaktu dahulu kala. Yes! Kau ex-bestfriendforeverrr! Aku selak helai demi helai. Aku baca semuanya. Tanpa aku sedari, airmata aku meluncur laju. Aku benci siak perasaan ini. Aku rindu nak rapat dengan kau sebagaimana yang tercatit dalam diari tuu. Hmm wehh, kau ingat aku lagi tak. Haish apa siak aku merepek ni. Setelah setengah jam melayan perasaan kat tepi katil, aku balut diari tu dalam kain and simpan kat kotak hitam yang kat almari tu. Eh jangan gtwu sesape taw rahsia wehh. Hahahaha. Aku rasa lepasni aku dah tak sepah-sepahkan diari tu. Birthday gift aku tu woi. Hehee. Pagi ni adik aku amek result PMR. Tapi sedih ar. Sebabnya ayah aku kat Melaka hmmm siapa nak amekkan slip dia. Aku teringin sangat nak parents datang amek slip result. Masa aku darjah enam, aku amek result sensorang. Aku masih ingat, aku kt atas stage kat tapak perhimpunan Hang Tuah without my parents. Speaker tu berapa kali entah sebut nama ayah aku tapi still tak muncul jugak. Hampa hati aku siot. So di antara ramai-ramai budak yang dapat award atas stage tu, aku rase aku sorang je lahh kot takdapat amek gamba dengan guru besar and parents. Tetibe aku nangis kt stage tu sebab aku bengang and orang ramai fikir aku nangis kegembiraan kot eshh ape laa aku tengah sedih tu taw sebab ayah aku tak teman amek result hmmmm k taknak ingat tapi takleh bla before amek result, aku nangis-nangis dengan kawan aku sebab takut berpisah hahahaha bengap betul. Nak tahu tak bila ayah aku muncul? Masa waktu balik sekolah di saat hujan lebat dengan petir. Ermmm sadisnyaa. Tu baru pengalaman amek result UPSR masa 2008. Masa result PMR, my mom pulak pergi kursus. Aaaarggghhh nightmare again siot! So then aku dah agak mesti ayah aku teman. Iyeeee ayah aku teman amek result tapi masa ni tak meriah sangat sebab entahlah macam suram je Dewan Seri Gemilang tu. Setakat ni, dua peperiksaan awam aku telah lalui. Alhamdulillah. After this, aku nak sangat parents aku datang teman amek slip SPM. Tapi masa tu 2014. Ohhh lama lagi. Hihihi no kursus-kursus, I want both of them come to pick the result. Yeahhh. Tapi kesian laa kat adik aku esok sebab parents aku tak dapat temankan dia. Hmmmm. Takpe dekk, aku harap result kau cemerlang. Kau lagi pandai dari aku mesti kau boleh punya. Adik aku ni lain sikit. Dia aliran arab means 9 subject. Aku dulu 8 subjek je. Walaupun aku selalu bingit dengan kau beb, aku tetap doakan kau dapat straight A okay. Hahahaha kalau dia baca belog aku ni mesti terharu punya kan? Hihii. Eh aku lupa plak nak cakap, aku doakan semua batch 97 dapat keputusan cemerlang okay! Jangan sedih or happy sangat sebab SPM menanti. Pilih aliran yang sesuai dengan citarasa korang, jangan ikut cakap membe or family paksa sebab SPM ni penting taw. Percayalah cakap akak ni yeee korang semua. Okay I need to jogging this morning. So good morning babes. Loveeee yaaa.