Kita berjalan. Terus maju ke hadapan walau kita merangkak pasti ada hala tujuan untuk dituju. Apakah yang sebenarnya kita tuju? Berbaloikah dengan semuanya yang telah kita korbankan seperti masa semata-mata untuk sampai ke tempat yang dituju. Berbaloikah dengan hanya meninggalkan begitu sahaja semata-mata atas kepuasan diri. Berbaloi? Tinggi-tinggi awan di langit belum mampu kita sentuh rasa lihat dan semuanya. Dan cuba bayangkan belum sempat apa yang kita kejarkan dengan tidak semena-mena peluru hinggap di tubuh kita. Perit rasanya. Rebah seluruh badan jiwa dan raga untuk melangkah ke hadapan tanpa sebarang bantuan. Begitulah aku rasa saatnya bila aku sedang gembira dan terhinggapnya rasa perit itu bila dikenangkan kembali. Aku rasa macam useless. Perit itu terlalu perit untuk digambarkan. Aku taknak peluru tu hinggap lagi di sekitar aku. Peluru sentiasa ada melainkan kelongsongnya kosong. Parut yang dahulu masih belum pulih inikan pula ditujah dengan peluru yang lebih hebat kuasanya. Kononnya ada kuasa Power Rangers. Kau takrasa dengan apa yang aku tanggung selama ni dan begitu mudah kau mencari aku kembali semata-mata untuk meminta maaf. Sudah lama aku maafkan kau cuma lepasni tolonglah jangan tembak aku dengan peluru tu lagi. Aku hampir putus asa dengan semuanya disebabkan luka parut berdarah ini. Mungkin suatu hari nanti, aku boleh terima dengan segala perit itu seperti aku genggam pasir dan biarkan ia melepas pergi bersama-sama angin. Tapi pasir tu takkan mampu terbang dengan lebih jauh sebab ketumpatan pasir melebihi air. Pasir taksama dengan air. Macam manusia taksama perangainya. Berbeza sama sekali. Sekian.