0101 - hancur

Sangat mengejutkan apabila aku kembali ke kelas adanya satu bungkusan yang berisi nota sejarah spm dan buku rujukan addmaths. Woww hantu mana ni yang sent. At first aku memang pelik kenapa dhoo tetibe ni nak suruh aku belajar ke apa or saja nak perli aku yang malas belajar ni. Dan taklama kemudian, aku menangis kerana benda itu menyedarkan aku betapa pentingnya pelajaran yang aku leka selama ini. Penghantarnya pun misteri tak dapat aku detect siapa. Misterilah sangat kann. Aku cuba menyelak sehelai demi sehelai sekiranya terjumpa nota-nota ucapan yang biasanya dipanggil sticky notes. Dan seperti biasa aku jalani kehidupan aku sebagai pelajar untuk memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas walaupun terdapat sejuta pertanyaan di dalam minda. Aku kemas rapi bungkusan itu di dalam beg dan aku biarkan ia di situ dengan zip yang rapi. Hahaha apa motiif aku nak cerita tentang ni? Sebaliknya aku ada sesuatu untuk dirungkai untuk kali ini. Sedar tak wahai para manusia, banyaaaak kawan kita ada tapi salah satunya adakah akan tolong kita semasa susah dan senang? Yang sentiasa menemani kita di kala sunyi dan sepi? Di kala hina dan benci? Ada keee? Aku takrasa semua kawan boleh macamtu. Semakin aku melewati hari-hari yang kian mendatang, aku sedar jurang antara aku dengan kengkawan semakin besar dan luas terperosok ke dalam. Aku sedar semua itu tapi aku takmampu nak terjun ke jurang itu kerana aku masih terbuai kelekaan dunia. Aku taktahu nak cakap camne ek tapi aku rasa benda yang aku rasa tu tu semakin dekat menghampiri aku. Apakah makna semua ini. Mimpi? Khayalan? Illusi? Atau semata-mata fantasi? Yang direka? Ohh tidakk. Aku tatap wajah aku perlahan-lahan di cermin dan aku bertanya kepada cermin adakah ini petanda firasatku semakin hampir ke penghujungya? Aku sayang kengkawan aku and aku taknak kehilangan diorang sebagaimana aku kehilangan bestfrnd yang selama ini aku sanjungi dan hormati. Kini tak lagi. Dunia dan keadaan kita berbeza sayangg. Kau hanyalah cebisan masa lalu aku. Hmm aku takboleh lari dari kenyataan bahawa aku masih mengharapkan kau jadi bestfrnd aku walaupun aku tahu peratus harapan itu sekecil kuman di bawah mikroskop. Aku takboleh nafikannya. Mungkin aku putus harapan bila ingatan aku semakin lupus di telan zaman. Aku cuma nak kau bukan jasad kau bukan roh kau. Yess kau. Ahh sudahlah apa ni. Aku lari topik rupanyaa hahaha. Then, aku rasa aku ni semakin lama semakin terperosok ke dalam gua di mana kengkawan aku tuu semakin jauh meninggalkan aku. Fahamilah apa yang aku katakan ini hanyalah perasaan semata-mata bukan realiti. Aku tahu mungkin ada yang salah faham. Kau cuma rasa bukan resah pun kan. Aku lihat ada segelintir kawan yang aku rasa patut aku pendamkan dan takboleh aku luahkan perasaan itu. Cuma boat boleh faham akuhh. Masa aku nangis pasal kengkawan aku, aku cuma ingat boat and aku nak call boat tapi aku takut nanti ganggu dia lah pulak kan. Boat yang bagi aku bungkusan itu. Boatttt, aku nak belajar sungguh-sungguh ni taw. Kau banyak bagi semangat kat aku even kau tgh ada peroblemss. Aku faham boat. Walaupun boat lagi tua dari aku, tapi dia matang dalam bagi nasihat. Aku suka kawan dengan orang tua macam dia. Aku xpenah rapat dgn sesiapa orang tua selain boat. Eh macam ape ntah dowh. Hmm boat thanks taw kau kasi aku buku-buku kau tuu. Bapak ahh serious berguna gila untuk aku. K sayangg kau. Hmm back to the story, I've been hurt so many times so aku rasa perit sesangat. Hmm aku nak memori yang terindah tu terpahat sekali lagi dalam hidup aku tapi aku tahu itu semua masa lalu. Ya allah sayanggg and rindunyaaa aku dekat kawan aku tuu. Aku rindukann hugging yang ikhlas itu dan senyuman yang membuatkan dunia aku berhenti sejenak. Aku taknak airmata ini menyelubungi diri buat selamanya. Yeppps. Aku kuat hadapi semua ni.