0096 - citarasa

Berbicara tentang hal citarasa. Aku terdiam sejenak. Aku memikirkan sesuatu untuk diolah. Terlalu banyak ungkapan untuk menggambarkan tentang citarasa. Contoh yang pertama iaitu muzik. Yepss aku lebih meminati lirik yang penuh dengan makna di sebalik lagu yang berkumandang. Semuanya menggambarkan tentang hati jiwa dan perasaan masing-masing. Tak kisah apa jua rentak asalkan lirik yang begituu touching menjadi pilihan aku. Kadangkala ada juga rentak muzik yang membuatkan kepala berserabut. Di malam yang sepi, bertemankan muzik di headphone membuatkan malam aku begitu indah. Muzik terbahagi beribu genre. Pop rock? Ketuhanan? Punk? Jazz? Country? Tak kisahla apa-apa pun aku tetap suka. Yeahh kalau bosan dalam kelas, of course korang pun sama menyanyi sama ada berbisik atau memekik hihii. Aku masih dalam alam remaja. Jiwa remaja yang masih belum sempurna. Lagi empat tahun aku melangkah ke alam dewasa. Macam cepat gila masa tu berlalu. Zapppp! Terus macamtu. Usia semakin meningkat. Itu fakta.Apa yang aku nak mesti jee takdapat. Oh no. Aku nak sebuah kereta. Hihi. Berangan betul aku ni. Aku nak belikan mak aku kereta Vios Toyota. Mak aku selalu berharap suatu hari nanti aku belikan beliau kereta favourite tu. Yeahh itu merupakan salah satu citarasa. Entah bila aku dapat penuhi permintaan beliau. Hmmm hidup ni amat indah jika manfaatkan dengan sebaiknya. Aku gembira melihat orang lain gembira walaupun aku sendiri derita. Yeahh itulahh citarasa sebenar.