0051 - Ekstrovert


Bila saya baca couple story saya teringat kat awak dan saya mula berfantasi alangkah indahnya jika helaian memori saya dihiasi dengan hari-hari indah dengan awak. Saya rasa begitu teruja sampaikan saya sendiri hampir tertewas dengan ego yang bersarang di lubuk hati. Hmm.. Agak-agak,awak ada rasa macamtu tak dekat saya? Saya tahu sekarang kita cuma kawan sahaja. Saya takkan kacau hidup awak okay? Saya akan biarkan awak happy membina rumah cinta tersendiri dengan kesesuaian awak. Bila berbicara tentang cinta,saya tidak lari dari alam khayalan yang mengarut.
Saya juga akui pernah suatu ketika dahulu saya pilih salah jalan mencintai seseorang. Biarkan sahaja disitu tiada gunanya mengingati jalan belakang yang tiada apa-apa erti. Tapi ingat! Memori tetap saya kunci jauh dalam lubuk hati yang penuh berselirat dengan jarum yang tajam. 2012 sudah pun tiba. Mulakan helaian baru. Kita masih mentah dalam alam percintaan yang tidak pasti kekal atau selamanya. Fokus pertama adalah pelajaran,pelajaran yang dapat mengubah bodoh kepada pandai,miskin kepada kaya,kurang kepada banyak. Melalui pelajaran kita dapat melabur wang. Fikirlah masa hadapan wahai manusia! Tanpa apa-apa kelulusan belum tentu kita menghidu bau wang hasil titik peluh dari pelaburan pelajaran. Ya! Pelajaran itu menyeksakan ibarat onak duri yang tajam! Dengan segala onak duri yang tajam kita mampu mengubah pandangan masyarakat bahawa kita mampu berjaya! Orang lain boleh mengapa kita tidak? Di zaman persekolahan rendah,saya pernah diherdik seseorang yang mengatakan saya tidak akan berjaya. Kau hanya memandang luaran bodoh! Kau sepatutnya menyokong aku untuk terus maju dan maju seperti bangsa-bangsa lain! Bukannya dengan hasil kritikan engkau yang hanya membawa aku jauh ke pelosok kegelapan. Sorry aku bukan macamtu. Terima kasih di atas herdikan kau yang hingga kini masih segar di ingatan dan sebagai penanda aras dalam kehidupan. Aku gunakan kritikan mereka untuk mereka sedar bahawa seseorang failure seperti aku boleh dan mampu bangkit dari jatuh.
Kadangkala ada masa kita tidak sedar sewaktu kita bersendirian,ada yang melompat gembira di luar sana. Ya! Aku tahu engkau salah seorang dari mereka. Number boleh delete,kawan boleh unfriend,tapi harus kau ingat memori dan tiap-tiap helaian memori kau tidak dapat hapuskan nama aku yang tercatat di situ. Aku hargai kau sebagai sahabat aku selamanya seperti aku menulis menggunakan dakwat kekal. Meskipun kau jauh nun di sana,aku tahu suatu saat kau pasti singgah menatap membaca memahami isi-isi di dalam blog aku. Kau ingatlah bahawa aku senantiasa menerima kau sebagai sahabat aku. Kau buang aku jauh-jauh kan,okay. Takpe aku faham. Sukahati kau lantak engkau aku takmahu ambil kisah lagi. Biarlah segala perit itu berlalu pergi seperti desiran angin yang menderu pergi mengiringi duka dan lara.