0045 - sepi


hai semuaa ,mood korang okay ? hmm,harini mood byla sedikit sedih..
byla xtwu nak ckp macamana ,biarlah lagu yang menjelaskan segalanya..
nak nangis pun ni tertahan-tahan ,biarkan airmata itu kering sendirian..
sekarang rasanya seperti semua orang sudah berubah,diri ini bukan kukenali dulu
seperti angin sepoi-sepoi memaksa diri ini menangis walaupun bukan kehendak diri
seandainya aku bisa melukis perasaan dan mewarnai kesedihan ini telah lama ku beli
hai manusiaa ,tidak ku fahami mengapa dan kenapa aku juga menjadi mangsa keadaan
meskipun jauh beribu batu aku di sini,aku amat memahami erti kata bahasa kiasanmu
tidak mengapa ! tidak mengapa !
bukan bererti dirimu ku persalahkan ya wahai pemain watak ,diriku cuma tidak mahu diperbodoh olehmu..
aku faham mengapa kau begitu,aku merasakan seperti beribu jarum menusuk hati ini
betapa perit ku alami ,seperti tidak kau sedari wahai pemain watak !
semakin hari aku merasakan kau semakin jauh dariku entah mengapa begitu
adakah frasa perasaanku terlalu klise untuk mengemukakannya ?
tidak . kaulah salah satu jarum yg tajam itu . ingin saya kontrakan disini tetapi tidak ku mmpu .
wahai sang pemain watak , masih adakah secebis rasa kepercayaanmu terhadapku ?
aku cuma insan yg tidak mengerti apa-apa tentang hati dan perasaan
kejamkah aku ,wahai sang pemain watak ?
ingin sekali aku berdiri di atas bukit merasai kehalusan angin yang menerpa
begitulah juga yg kuharapkan pada kau wahai sang pemain watak .
kejujuran yg hanya menjadi akar segala punca masalah . tetapi mengapa kini akarnya bercabang sana dan sini semata-mata mahu mencari sumber air di tanah ? tidakkah kau perasan aku didepan mu memberikan segala oksigen ,air,matahari dan baja semata-mata untuk melihatmu bahagia ?
cubalah kau fahami perasaanku yg terlalu kalut ini . terlalu rumit bukan ?
sudahlaa ,pergi kau jauh ,jauh dari hidupku,jangan pernah kau lewati masa lalu .
kepercayaanku ibarat kertas yang telah direnyuk dan tidak akan kembali sempurna selepas itu .
dan jgn tanya kenapa aku menjauhkan diri dari engkau . mungkin itu kali terakhir aku menegur kau .
simpanlah itu buat selamanyaa ,jangan engkau pernah buka kamus hidupmu semalam .